Komen Fedtriyahya Selepas Melihat Kekayaan Ustaz Ebit Lew

Perkongsian ustaz ebit lew di laman sosialnya telah membuka mata ramai pihak, jika seseorang itu kaya dia mampu menolong keluarga yang susah di saat memerlukan.

Ustaz Ebit terpaksa menceritakan kekayaan sebenarnya supaya tidak berlaku fitnah ke atas dirinya kerana telah menolong ramai orang yang memerlukan saat PKP sedang dilanjutkan lagi. Ramai yang terkejut apabila mendapati ustaz begitu kaya.

Ini menyebabkan fedtriyahya telah memberikan sedikit kata sokong kepada ustaz ebit

Kenapa ustaz perlu kaya, banyaklah infak sedekah mulia, Kenapa ustaz perlu kaya, cerminan Islam menjaga harta, Kenapa ustaz perlu kaya, membangun ummah tak kira masa, Kenapa ustaz perlu kaya, bukti agama tak halang berjaya

Kenapa ustaz perlu kaya, bertambah zakat asnaf terbela, Kenapa ustaz perlu kaya, basmi fakir di bumi tercinta, Kenapa ustaz perlu kaya, harta halal selamatkan semua, Kenapa ustaz perlu kaya, tidak merempat si anak bangsa

Kenapa ustaz perlu kaya, supaya kafir tak pandang hina, Kenapa ustaz perlu kaya, konsep zuhud perlu dicerna, Kenapa ustaz perlu kaya, menjulang syariat perlukan dana, Kenapa ustaz perlu kaya, bina empayar berkah semuanya

Kenapa ustaz perlu kaya, dapat menaja sejumlah biasiswa, Kenapa ustaz perlu kaya, paradigma baru pejuang agama, Kenapa ustaz perlu kaya, ekonomi padu ummah sejahtera, Kenapa ustaz perlu kaya, dekatkan jemaah kepada Pencipta

Kenapa ustaz perlu kaya, sebarkan nikmat Allah Yang Esa, Kenapa ustaz perlu kaya, kaya di sini kaya di sana, Kenapa ustaz perlu kaya, jihad harta menuju taqwa, Kenapa ustaz perlu kaya, sedekah hebat menolak bala

Kenapa ustaz perlu kaya, bekalan pahala ke pintu syurga, Kenapa ustaz perlu kaya, Abdul Rahman Auf tunjukkan jalannya, Kenapa ustaz perlu kaya, Allah memilihmu untuk berjasa

Kalau kita berilmu perlulah mengajar orang yang tiada ilmu, jika kita kaya perlu lah menolong orang yang susah, tak faham betul orang yang suka menyalah kan orang lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*