Padu Rider Food Panda Hantar Makanan Guna Motor Mewah

Food panda dan juga Grab merupakan pekerjaan bagi sesetengah golongan muda pada masa ini. Ada yang melakukan nya secara parttime untuk mendapatkan duit lebih kerana perlukan wang yang lebih untuk menyara kehidupan mereka.

Terbaru, kejadian yang berlaku di sabah ini sangat mencuit hati netizen, apabila seorang bapa yang mempunyai lima anak telah mencuri tumpuan netizen dengan menghantar makanan yang dipesan pelanggan dengan menggunakan motor mewah berkuasa tinggi model Harley Davidson Street Glide

Lelaki berkenaan bernama Ibnu Robi Ahmad berumur 55 tahun yang sekarang menetap di Kampung Likas, Kotak Kinabalu, Sabah. Kadang kala kedatangannya bertemu pelanggan telah membuatkan pelanggan meminta untuk tangkap gambar dengannya bersama motosikal itu

Dia telah melakukan kerja Food Panda secara sambilan semenjak daripada 3 minggu yang lalu untuk menghilangkan bosan sepanjang Perintah kawalan pergerakan. Perkara ini sediki sebanyak dapat juga membantu golongan orang ramai yang memerlukan makanan dipesan melalui dalam talian

PKP ini menyebabkan ramai bosan, sudah sebulan lebih kita duduk di rumah tak kemana mana. Ada yang telah menghabiskan masa ini dengan perkara berfaedah dan ada juga yang hanya menghabiskan masa bermain permainan video.

Seronok bekerja sebagai Rider penghantar makanan, dapat menghantar makanan kepada petugas  kesihatan di hospital yaitu Front Liner kita. Apa yang melucukan apabila ramai yang minta untuk tangkap gambar bersama motosikal

Videonya menaiki motosikal telah tular kerana jarang orang menghantar makanan menggunakan motor berkuasa tinggi. Walau apapun selamat berpuasa kepada semua rider Food Panda seluruh Malaysia

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*