Frontliner Hospital Bimbang Ibu Berusia Tak makan Di Rumah

Musim berpuasa ini banyak kita dengar cerita hangat, cerita sedih dan sebagainya, kali ini kita dikejutkan pula dengan kisah seorang front liner yang masih mempunyai ibu. Tetapi ibu nya sudah agak berusia, pada bulan puasa ini ibunya tidak mampu untuk turun ke bawah kerana dirinya yang sudah uzur.

Kisah itu dikongsikan oleh norehan rahmat di facebooknya apabila pelanggan tiba tiba minta request untuk hantar makanan sampai ke tingkat atas depan rumahnya.

“Hari ke-3 aku hantar makanan dekat makcik ini yang duduk di tingkat 12. Kisahnya bermula bila anak makcik ni Oder otak-otak. Lepastu minta hantar kerumahnya ditingkat 12. Aku bagitahu pada pelanggan untuk caj penghantaran ke flat hanya di bawah saja.

Kalau sampai ketingkat 12 ada caj rm3. Nadanya agak marah bila dia kata aku aku salah pilih runner, sebab berkira sangat dgn orang tua. Mulanya aku nak blok je no dia tapi terfikir balik, mungkin betul apa yang dia kata  mak dia tak boleh turun untuk mencari juadah berbuka.

Daripada ceritanya dia tidak tinggal dengan mak. Dia berada di Johor Mak pula tinggal seorang diri. Aku bagitahu tak apalah biar aku yang hantar kerumah mak dia, tapi lepas habis cod barang pelanggan lain dulu dan dia pun kata “ok”

Aku bagitahu dekat anak aku kalau betul apa yang anak dia cakap, aku rela hantar tiap-tiap hari makanan untuk makcik tu sampai depan pintu rumah. Memang betul didalam rumah ada tongkat kaki tiga dan kerusi roda. Sebab baik makcik tu boleh jalan lagi. Alhamdulillah.. dia masih kuat lagi. Aku cuba siasat.. tanya semua.

Dia bekas pekerja hospital HKL (xtanya pun apa jawatan dia). Dia anak-anak semua dekat luar negara. Anak yg oder makan tu tinggal dekat batu pahat. Ok lah.. aku terima alasan yang munasabah. Aku tanya makcik tu nak makan apa esok?

Nak tepung pelita.. sebab tak ada gigi. tak boleh makan yang keras katanya.😊 Hari ke -3 baru anak dia balas wasap aku.. dia berterimakasih sebab aku bantu mak dia. Dia kata tak sempat nk balas wasap sebab sibuk jaga pesakit. Rupanya anak dia seorang #frontliner.

Patutlah dia agak tertekan bila aku cakap runner tak boleh hantar sampai atas. Dia tertekan dengan masalah kerja.. dalam masa yg sama rasa bimbang takut mak dia tak ada juadah berbuka. Hari ni makcik Raja dapat makan nasi beriani. Esok nak tepung pelita lagi. InsyaAllah.. selagi aku sihat.. aku bantu Makcik Raja.

Terima kasih Frontliner seluruh Malaysia kerana telah membuat yang terbaik untuk negara Malaysia ini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*