Anak Ustaz Ebit Menangis Melihat Video Orang Susah

Didikan kepada anak sangat penting mulai daripada mereka masih kecil, kalau mahu anak menjadi penyayang perlu mencurahkan kasih sayang kepada mereka dan juga tunjuk cara untuk mereka menyayangi dan menghargai sesuatu. Di masa kecil ini lah masa paling penting untuk membentuk attitude seorang insan yang mulia.

Terbaru, Ustaz Ebit telah berkongsi kisah anaknya yang menangis selepas menonton video ayahnya membantu orang yang susah. Anak nya merasa kasihan kepada orang yang miskin dan lemah sama seperti ayahnya.

Anak saya yang kecil tak duduk diam. Jika waktu baca Hadis Nabi saw, saya suruh dia rakam. Baru dia seronok ada kerja. Bila penat, disinilah saya berehat. Baca Al-Quran dan Hadis bersama bidadari dan anak-anak. Peluk dan cium bidadari dan anak-anak jadi ubat. Semua kepenatan hilang. Bersama keluarga rasa sakinah tenang jer rasa. Terima kaseh Allah. .

Sayu bila balik jauh. Anak tengah tengok youtube tentang dakwah saya sepanjang pkp. Anak menangis. Yang kecil menangis sambil lap air mata. Kenapa menangis. Kasihan dia ayah. Dekat rumah dia ada ular. Susahnya dia ayah. Kita berdosa yer ayah kalau ada orang susah kita tak tolong. Nanti Allah tanya di akhirat yer? Yer anakku kita akan ditanya kita tidur lena ada orang lapar atau tiada tempat tidur. Terima kaseh ayah. Dia tengok ayahnya bantu keluarga susah. Berbincang tentang makcik atas kerusi roda.

Diaorang tanya ayah nak jadi polis ke doktor. Dengar mana anakku. Ayah cakap dalam video nak jadi polis. Ada cakap nak jadi doktor. Dua-dua ayah pernah fikir dulu. .
Dua-dua tak dapat. Hebat kerja mereka. Ayah dapat menyumbang sedikit pada mereka pun dah rasa berharga. Anak kecil tak nak berhenti menangis. Dah lah menangis. Sedihlah ayah. Nanti dah besar nak jadi macam ayah boleh. Jadi boss ke ayah? Bukan anakku. Jadi orang Islam yang ingin belajar akhlak Nabi saw. Bawa kebaikan pada semua manusia sebelum mati. Cuma nak Allah sayang

Gembira sebab biasa tengok youtube kartun. Sekali sekal mereka sekarang mesti tengok youtube kisah tolong orang sebarkan kasih sayang-ebitlew

Didiklah anak mengenali tuhan, curahkan lah kasih sayang pada mereka, sentiasa ada masa bersama mereka. Buatlah majlis ilmu mengenali Allah di rumah bersama anak anak. Moga yang baca ini mendapat anak yang soleh dan solehah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*