Lepas Kucing Berak, Sempat Pulak Dia Duduk Relaks

Bagi pencinta kucing mungkin anda boleh menerima segala kelemahan dan kekurangan kucing anda, tetapi bagi yang baru nak berjinak anda mungkin belum menyesuaikan diri dengan kelemahan kucing anda.

Kadangkala kucing ini boleh jadi penawar hati anda yang penat bekerja dan juga penat belajar, dengkuran mereka, renungan mereka membuatkan hati menjadi cair. Ada juga orang yang merasa geram dengan kucingnya tetapi tidak dapat berbuat apa-apa setelah melihat kecomelan mereka di depan mata.

Seorang pengguna twitter bernama @IYuyuhxnx telah memuat naik akan kejadian yang berlaku di rumahnya. Kucing peliharaannya telah melakukan misi melepaskan tahi, beras pulut yang sepatutnya nak buat kuih tetapi telah rosak dek kerana kucingnya. “Kenapa kau berak dalam beras pulut nak buat kuih ! Dah satu rumah mulut mak aku Weary face”.

Yang hebatnya kucingnya mengerjakan perkara itu dengan sangat lancar dan cekap, tak ada sebutir pun beras melekat pada punggungnya. “Betapa clean nya lusoh buat benda ni takde sekutil pun pulut melekat dekat bontot dia Pouting face”.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*