Kedah Menjadi Negeri Zon Hijau C0VID 19

Tahniah kedah kerana telah menjadi negeri terbaru yang diisytihar sebagai zon hijau. Ini dilihat apabila tiada lagi kes aktif dikesan di negeri itu semenjak 12 tengah hari semalam.

Rekod sebelum ini dipegang oleh perlis, apabila muncul sebagai negeri yang pertama zon hijau kerana merekodkan kes sifar diikuti pula oleh kelantan pada hari selasa dan kini giliran kedah. Kedah menjadi negeri ketiga yang bebas C0VID 19 kerana merekodkan kes sifar aktif

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), zon hijau terus bertambah 88 daerah setakat semalam berbanding 85 daerah hari sebelumnya. Infografik CPRC juga menunjukkan jumlah zon merah kekal 12 kawasan walaupun terdapat pertambahan 94 kes baharu Covid-19 di negara setakat 12 tengah hari semalam. Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 5,945 kes dan daripada jumlah berkenaan 1,758 kes masih aktif.

Jadi tirulah negeri perlis, kelantan dan kedah. Semoga kali ini PKP fasa 4 adalah kali terakhir dan orang ramai boleh mencari rezeki dan membina ekonomi semula. Walau susah kita perlu harungi bersama. Dan moga selepas ini kerajaan membenarkan rakyat untuk solat terawih dan juga solat jumaat bersama sama. – Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*