Tidak Dibenar Balik Kampung Untuk Sambut Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ini mungkin ada yang telah merancang untuk balik ke Kampung, menyambut perayaan bersama keluarga tercinta seperti tahun sebelum ini.

Tetapi, raya tahun ini akan berubah apabila kita tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta. Menurut perutusan khas yang diadakan siang tadi oleh Tan Sri Muhyiddin Yasssin

Perjalanan merentas negeri untuk balik ke kampung ketika cuti Aidilfitrik tidak dibenarkan untuk menghalang rantaian C0VID 19 daripada merebak. Walaupun keputusan telah diambil kerajaan yang membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi mulai 4 mei ini.

Kerajaan hanya akan membenarkan perjalanan merentas sempadan negeri bagi tujuan bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau di tempat lain.

Majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang membabitkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan. Aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah ibadat juga tidak dibenarkan.

Buat masa ini juga , semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi juga belum dibuka. Walaupun agak sedih menerima perkhabaran ini tetapi yakin lah anda tidak keseorangan kita bersama dalam perkara ini mengharunginya bersama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*