PM Bangga Melihat Anak Malaysia Mendapat Biasiswa Dari Nasa

Mendapat biasiswa antara salah satu perkara yang dikejar oleh student semenjak bangku sekolah untuk memasuki universiti secara percuma tanpa perlu bayar satu sen pun.

Cabaran untuk mendapatkan biasiswa lebih sukar daripada cabaran untuk memasuki universiti, jumlah biasiswa yang kurang sedikit berbanding jumlah student yang belajar di Universiti menyebabkan hanya student pandai terpilih sahaja yang berpeluang dapat biasiswa.

Terbaru seorang pelajar bernama Azhar telah mendapat scholarship  atau biasiswa Nasa Degree Scholarship. Keputusan ini bukan sahaja membanggakan ramai orang tetapi perdana menteri juga telah tweet kerana bangga akan pencapaian Azhar.

Daripada lebih 3 juta orang yang merekacipta sut angkasa, beliau telah mendapat markah 96.77 peratus dan seterusnya memperoleh tawaran biasiswa. Ucapan penghargaan bukan sahaja diberi oleh tan sri muhyiddin yassin bahkan khairy jamaludin juga turut mengucapkan tahniah kepadanya.

Untuk pengetahuan pembaca: Malaysia telah berjaya menghantar manusia ke stesen kapal angkasa ISS (International Space Station) pada tahun 2007. Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan Malaysia pertama yang telah pergi ke angkasa lepas dan melihat bumi daripada luar.

Semoga Azhar mendapat keputusan yang cemerlang di sana dan mendapat markah yang tinggi seterusnya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*