Muzaffar Minta Maaf, Dedah Sebagai Keturunan Melayu

Perbuatan mengut uk individu mahupun bangsa adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh insan yang bergelar muslim mahupun mana-mana rakyat Malaysia. Kita negara yang berbilang bangsa dan agama saling hormat menghormati antara satu sama lain.

2 Hari ini trending di media sosial berkaitan Muzaffar Jakel yang telah tersilap post tentang Melayu di instagramnya. Ramai orang yang telah mengecam tindakannya, sedar akan kesalahannya muzaffar telah minta maaf di media sosial miliknya. Tak cukup dengan itu Abang Muzaffar juga telah meminta maaf di dalam Facebook Jakel.

Tidak cukup dengan itu Muzaffar telah memuat naik video di facebooknya untuk minta maaf dan memberikan penjelasan sebenarnya.

Dalam masa 1 jam Post permohonan maaf nya telah mendapat 713 komen serta 364 shares ketika artikel ini ditulis. Kita sebagai orang islam terima lah permohonan maaf orang yang telah minta maaf, siapa lah kita untuk menghukum individu, setiap orang pernah buat silap dalam hidupnya.

Sebelum ini juga ada yang telah memberi komen akan bangsa Muzaffar, ada yang mengatakannya bukannya melayu dan dia adalah bangsa pakistan. Terdapat pelbagai komen yang asli dan juga palsu maka Muzaffar malam ini telah memuat naik juga sijil kelahirannya yang menunjukkan dengan jelas dia berbangsa Melayu.

Sebelum ini, Yusuf Azmi dan juga Sir Azri telah membuat video tentang Muzaffar. Posting terbaru Yusuf Azmi adalah untuk membuat FB live permohonan maaf Muzaffar di FB Jakel.

Posting ini menjadi hangat dan malam ini Muzaffar telah memuat naik video permohonan maafnya. Moga seluruh rakyat Malaysia dapat menerima permohonan maaf Muzaffar dan mari lah menyokong produk muslim Elew’s Design (Produk Ustaz Ebit Lew).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*