Mulianya Ustaz Ismail Kamus Meninggal Pada Malam Jumaat Bulan Ramadhan

Ramai orang islam yang mahukan pengakhiran yang baik husnul khatimah, ada yang mahu pergi ketika membaca Al Quran dan ada juga yang mahu ketika solat atau sedang beribadah kepada Allah.

Malam ini kita dikejutkan dengan berita pemergian Dato Ismail Kamus pada pukul 12.04 malam. Pemergiannya pada Malam jumaat 15 ramadhan suatu kemuliaan diberikan kepada nya pada saat dirinya dijemput meninggalkan dunia ini. Ramai yang bersedih atas pemergian ustaz dan ada juga yang mendoakan kebaikan buatnya.

Kenapa pemergian pada malam jumaat atau hari jumaat merupakan hari yang sangat diidamkan untuk pergi meninggalkan dunia. Ketahuilah terdapat kelebihan jika meninggalkan dunia pada hari jumaat ini.

Kelebihannya adalah “Sesiapa yang meninggalkan dunia ini pada hari jumaat atau malam jumaat maka terpelihara daripada fit nah di kubur”. Terdapat juga sumber lain mengatakan “Mana-mana orang Islam lelaki dan perempuan yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat pasti dipelihara daripada az ab kubur dan fit nah kubur dan dia bertemu Allah dalam keadaan tiada hisab dan dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan bersamanya saksi-saksi atau pemberi pengesahan yang memberikan kesaksian.”

Kenapa Ustaz Dato Ismail Kamus dapat penghormatan sebegini daripada Allah tuhan sekalian Alam. Mari kita melihat biodata ustaz menurut sumber daripada wiki pedia

Ustaz Dato’ Ismail Kamus adalah seorang pendakwah Malaysia berbangsa Melayu yang terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Selangor bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Arab Batang Kali selama enam tahun sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang. Disana beliau sempat berguru dengan seorang ulama yang tersohor al-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhari. Selepas menamatkan pengajian di sana, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau memdapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

Ustaz pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.

Di Malam jumaat yang mulia serta 15 ramadhan ini marilah sedekah kan Alfatihah untuk ustaz.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*