Selepas Ebit Lew Bantu, 39 Penduduk Diarah Kosongkan Kawasan

Sebelum ini Ustaz Ebit Lew telah membantu satu keluarga (1 orang ibu bersama 4 anak perempuannya) yang tiada bumbung rumah dan rumah dimasuki air ke rumah baru yang lebih elok. Kini ustaz ebit lew diuji lagi apabila menerima mesej penduduk sekitar rumah itu untuk tinggalkan kawasan dalam 14 hari sewaktu PKPB. Semalam tular satu posting bahawa 39 penduduk menerima arahan mengosongkan kawasan setelah satu keluarga daif telah dibantu oleh ustaz ebit lew.

Sebak menangis. Ya Allah tuhanku. Maafkanlah hambamu ini ebit lew. Walau dah nak balik terus kembali ke Tanjung Lumpur Kuantan.4hari dah. Doakan saya nak bantu sebuah keluarga lagi untuk pindah. Ini jer termampu. Maafkan saya. Saya terus bergegas ke sini bila dapat mesej dari beberapa penduduk di kg tanjung lumpur minta bantuan untuk dipindahkan kerana ada notis 14 hari untuk mengosongkan semua rumah ini.

14 hari masa PKP. Ngam 1 syawal nanti. Semua rumah di tanda X setelah saya bantu pindahkan satu rumah semalam. Orang tempatan kata orang yang pangkah dan beri notis kata jika ebit lew tak buat macam ni kami tak minta semua keluar. Maafkan saya yer. Saya sedar ebit lew yang salah. Tak sangka jadi macam ini. Salah saya maafkan saya yer. Janganlah salahkan sesiapa.

Saya bila tengok orang tidur dalam air sekian lama siapa boleh tahan. Ada anak kecil. Atap bocor. Salah saya tak tahan tengok orang tidur atap bocor bertahun. Baby sejuk tiada alas tidur. Saya baru belajar Islam walau kucing atau anjing dalam longkang kena diselamatkan. Inikanlah pula manusia yang mulia.

Saya tak kerja dengan sesiapapun. Cuma kerana sebagai hamba Allah saya takut ditanya diakhirat nanti. Kata-kata orang netizen ini seminggu dua hilang. Tapi tanggungjawab saya depan Allah esok. Saya tidur lena makan sedap tak perasan masa berlalu. Mereka yang berhujan sejuk. Ada anak kecil. Sebab itu saya niat nak bantu bayar sewa semua selagi termampu dan selagi hidup atau saat keluarga itu boleh berdikari. Dunia sementara akhirat selamanya. Kita risaukan bukan disini. Tapi disana nanti.

Saya terus bergegas ke rumah ini. Tuan rumah ini dah pernah pindah ke flat yang disediakan kerajaan dengan bayaran rm120 sebulan. Tapi banyak bulan tak bayar mereka diberi notis untuk keluar. Jadi mereka kembali ke rumah uzur ini. Keluarga ini buat cod makanan. Yerlah ujian hidup masing-masing. Kadang bagi kita duit itu kecil. Setengah orang duit itu besar.

Saya merakamkan jutaan penghargaan Terima kaseh kerajaan Negeri Pahang yang sebenarnya cuba mengatasi hal ini sekian lama. Penduduk asal sebahagiannya telah berpindah flat mahad dengan bayaran rm120 sebulan. Ada sebahagian di bayar oleh Zakat Pahang. Tahniah terima kaseh zakat Pahang. Terima kaseh yer.

Kemudian ada sebahagian orang dari pelbagai negeri di Malaysia duduk disini dengan kebenaran tuan rumah asal. Semalam saya ada bayarkan bil elektrik seribu lebih untuk yang tertunggak. Yb tanjung lumpur ustaz juga banyak membantu dan rapat mesra dengan penduduk disini. Terima kaseh pada ustaz yang baik. Janganlah salahkan sesiapa yer. Jangan hina sesiapa termasuk tuan rumah atau orang miskin. Kita semua sebuah keluarga. Allah sayang semuanya.

Menurut arahan surat itu mereka disuruh berpindah semenjak 8 mei 2020. Sudah lah ustaz membantu orang susah kali ini dipersalahkan pula kerana membantu

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*