Bermula Malam ini 10 Ramadhan terakhir telah bermula, ramadhan adalah malam yang dikejar oleh orang beriman yang mahukan keredhaan Allah.
Jangan lah bazirkan masa anda di 10 malam ramadhan ini dengan perkara sia sia seperti menonton video, bermain game, menghabiskan masa di media sosial dan berbalas mesej. Gunakan 10 akhir ramadhan ini dengan sebaik mungkin.
10 Akhir ramadhan ini lah kita mahu gunakan untuk mengkhatamkan Al Quran, baca lah 3 juzuk sehari alquran dalam masa 10 hari inshaAllah akan berjaya khatam. DI masa ramadhan ini juga lah masa terbaik untuk meminta maaf dengan ahli keluarga dan dengan orang yang kita buat salah.
Carilah Lailatul Qadar pada 10 Malam terakhir ini terutama pada malam ganjil. Terdapat satu malam antara 10 malam terakhir ini lebih berharga daripada 1000 bulan. Satu amalan digandakan seperti 1000 bulan lamanya.
Lailatulqadar (لیلة القدر) merupakan satu malam yang istimewa di Bulan Ramadan.
Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” — Surah al-Qadr: 1-3
Gunakan waktu malam ini untuk beribadat kepada Allah, tidur 5 minit kalau takut tak terjaga ibadat lah sepanjang malam. Bacalah selawat 1000 kali malam ini atau membaca alquran sepanjang malam. Berdoa lah sepuas puasnya meminta bantuan Allah SWT. Moga kita semua berjaya mendapatkan Lailatul Qadar yang mulia ini.
Leave a Reply