Diganggu Ketika Bantu Ibu Berniaga Karipap

Semalam satu klip video telah viral di internet yang memaparkan sekumpulan lelaki cuba mengganggu seorang lelaki yang sedang berniaga. Difahamkan lelaki yang bernama Rizal itu sering diganggu oleh mereka dan kejadian ini bukan kali pertama berlaku kepadanya

Reaksi netizen di indonesia ternyata marah dan cuba mencari si pelaku. Akhirnya kesemua mereka berjaya ditemui dan adik rizal ditemui oleh orang ramai untuk diberikan sedikit bantuan serta kata semangat.

Menerusi post yang dimuat naik di Facebook. DIA ANAK HEBAT YANG MULIA SUDAH MELAWAN DENGAN CARA PALING TERHORMAT

Inilah Rizal,  yang lebih dikenali dengan panggilan Momo. Dia dengan penuh semangat selalu menaiki basikal untuk menolong ibunya menjual JALANGKOTE atau lebih dikenali sebagai karipap di Malaysia.  Itulah rutin seharian yang dilakukan olehnya tanpa malu dan juga segan, setiap hari dia akan bantu ibunya berniaga dengan basikall tuanya.

Walaupun begitu Rizal tidak dapat berniaga dengan aman kerana sering DI BULI tetapi yang hebatnya dia langsung tidak mengadu pada ibunya dan memendam perkara itu semuanya sendiri di dalam hati.

Namun Allah tidak tidur, kejadian itu tersebar dan para pelaku telah ditemui. Bahkan netizen di indonesia telah membelikan Rizal Basikal baharu. Dan kini dia boleh membantu ibunya menjual karipap dengan lebih aman dan tanpa risau akan orang yang cuba mengganggunya lagi.

Rizal adalah seorang anak yang hebat dan matang, dia sangat mulia dan tidak mengalah. Dia tidak takut tetapi sudah cuba melawan dengan cara yang hormat untuk menjaga harga dirinya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*