Abby Abadi Akui Perbelanjaan Anak-anak Lagi Besar Bila Tinggal Di Rumah Berbanding Tinggal Di Asrama, Namun….

Baru-baru ini, menerusi laman instagramnya, pelakon, Abby Abadi akui perbelanjaan anak-anak yang tinggal di rumah lebih besar berbanding ketika mereka dihantar ke asrama.

Menurutnya lagi, anak-anaknya kini tidak lagi sekolah berasrama dan semuanya ditanggung sepenuhnya.

“6anak di bawah jagaan Mama Abah skrg. Alhamdullillah.”

“Berbanding duduk asrama, lagi besar belanja bila dorg duk rumah sbb makan banayaakkk betul + duit belanja sekolah lagi hihi.”

“Tapi takpe, ALLAH bg kemudahan Mama Abah kerja sendiri utk sara & besarkan anak2 ni… Syukur. Semoga berkat apa yg Mama Abah usahakan & semoga ALLAH redha… Aminnn..”

 

 

View this post on Instagram

 

6anak di bawah jagaan Mama Abah skrg. Alhamdullillah. Berbanding duduk asrama, lagi besar belanja bila dorg duk rumah sbb makan banayaakkk betul + duit belanja sekolah lagi hihi 🙊 . Tapi takpe, ALLAH bg kemudahan Mama Abah kerja sendiri utk sara & besarkan anak2 ni… Syukur. Semoga berkat apa yg Mama Abah usahakan & semoga ALLAH redha… Aminnn 😘 . Ps: Esok Sy masuk Singapore tau event Mak Besar di Suntec dari 14hingga 16hb tumpang booth @pedotlambgrill milik @hairulizuann & @aienkamaliyana . Ada nk kirim apa2 dari KL bgtau ye… 😍

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut instagramnya turut mendoakan yang terbaik buat keluarga ini serta ada juga yang berkongsi kisah sama yang dilaluinya.

Terdahulu, Abby pernah mendirikan rumah tangga bersama Norman Hakim pada 2002 namun berakhir dengan pencer4i4n pada tahun 2008. Hasil dari perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Marissa Danisha Hakim.

Kini Abby telah mendirikan rumah tangga bersama Faizal dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang baru sahaja meninggal dunia pada penghujung tahun yang lalu. Namun, mereka mengambil dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sumber : Instagram Abby Abadi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*