“Saya sangat sayang pada muzik hip hop dan rap..”- Aman RA Luah Rasa Syukur.,

Baru-baru ini Anugerah Juara Lagu 34 yang berlangsung pada Ahad  lalu memaparkan Aman RA merangkul kemenangan dengan mendapat tempat kedua pada malam berprestij itu.

Penyanyi, Aman RA berkongsi kegembiraannya apabila lagu hip hop sekali lagi mendapat pengiktirafan di pentas berprestij itu. Menurutnya lagi, dia merasa sangat bersyukur apabila muzik hip hop semakin mendapat tempat.

Dalam pada itu juga, Aman RA mengucapkan terima kasih kepada individu-individu berkenaan yang selama ini menyokong perjuangannya dalam dunia hiburan ini.

 

 

View this post on Instagram

 

Bismillah. Assalamualaikum. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Maha Esa. Allahuakhbar. Kepada keluarga dan sahabat-sahabat saya, anda semua sememangnya tulang belakang perjuangan saya. Kepada Jennifer, Ahmad, Navin, Haq, Hanif, Farriz, Noh, Juwita, Ethan, Irsya, DJ Ezzy, Zack, Taufiq, Nadiah, Kuhan, Umair, dan semua orang yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Kepada Keramat Records, Universal Music Malaysia, Starr Sound Asia, Joe PR International, Emptinezz, PUMA Malaysia, MCM, The Melium Group dan Team Production AJL34. Kepada setiap satu penyokong, peminat, pendengar dan penonton yang menemani perjalanan karya-karya saya. Terima kasih atas segala curahan doa, sokongan dan tunjuk ajar dikala perjalanan saya dari underground ke mainstream. Moga segala jasa baik anda semua diberkati. Amin. Wardrobe : PUMA Malaysia, MCM Worldwide, Emptinezz Stylist : Ethan Chu Photo : Taufiq Nadzri

A post shared by Aman RA (@amanracom) on

Menurutnya lagi, muzik hip hop pada masa kini tengah trend dan dah ada pengikutnya sendiri. Namun, perkara berkenaan tidak sama sekali menjadikan Aman RA untuk ketepikan genre-genre muzik yang lain.

“Saya rasa muzik hip hop memang tengah trend dah ada pengikut sekarang. Tapi ini tidak bermaksud saya nak ketepikan mana-mana genre muzik lain.”

“Saya sangat sayang pada muzik hip hop dan rap. Apa-apa pencapaian dalam industri yang kita dapat, kami rasa sangat bersyukur.”

Tambah Aman lagi, dia berharap menerusi lagu Bangun, lebih ramai orang akan mendapat inspirasi.

“Saya harap ada orang yang senasib dengan saya atau berkongsi perasaan rasa terubat. Karya saya lebih kepada apa yang saya lalui. Saya rasa tersepit, saya nampak orang tersepit, saya serap semangat tu dan saya tulis lagu.”

“Sebagai pengkarya, kalau orang boleh relate dengan kisah yang kita nak sampaikan, itu sudah cukup bermakna, saya rasa sangat bersyukur,” ujar Aman lagi.

Terdahulu, Aman RA bersama Navigator berjaya merangkul tempat kedua pada malam Anugerah Juara Lagu 34 menerusi lagu Bangun. Aman RA mula dikenali sebagai Kraft yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan College Dropouts bersama dengan rakan sekolahnya, Caprice pada 2006.

Sumber : Instagram Aman RA.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*