Salina Saibi, Sheera Iskandar Buat Erra Fazira Menangis!!

Baru-baru ini pelakon yang sinonim dengan drama bersiri Gerak Khas, Salina Saibi sanggup mengenakan kostum beruang semata-mata untuk Erra Fazira.

Menerusi ruangan instangramnya, Salina Saibi memuat naik videonya bersama Sheera Iskandar membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran Erra.

Perancangan yang dibuat oleh mereka tidak diketahui oleh Erra sendiri sehinggalah mereka mendedahkan individu disebalik kostum beruang berkenaan.

Erra Fazira, menerusi laman instagramnya juga turut memuat naik rakaman video berkenaan serta mengucapkan terima kasih buat Salina dan Sheera kerana bersusah payah deminya.

“THANK YOU FOR ALL THE WISHES N DUAA..”

“Alhamdulillah, Setiap tahun merai ulangtahun.. kejutan demi kejutan. Besar kecil, meriah, sederhana, alhamdulillah sudah lalui dan merasa.. TERIMA KASIH SAHABAT SEMUA diatas perhatian dan kasih sayang yg cukup bermakna buat diri ini.. “

“Cuma nak share sikit.. Yang ni paling tak jangka.. paling terkejut.. paling win!! You are sooo sweet adikku!!! gigih menyarung baju mascot.. sanggup dtg malam2.. akak pun dah ready nak tido.. mmg tak jangka ada tetamu nak dtg.. pas tu tak kenal pulak tu..”

“Hwaaaarrrr awak buat akak nangissss!! nangis terharu!!!  Ya Allah.. Kau berilah kebahagiaan dan kejayaan buat adik2 ku yg begitu baik dan ikhlas menerima dan menyayangi diri ini..  Thank you my dearest sweetheart.. @salinasaibi and @sheeraiskandar.”

“Akak cuma nak cakap yg akak sgt2 menghargai persahabatan ini dan akak sayang kalian, LILLAHITAALA..  Ya Allah terima kasih krn mengelilingi diri ini dgn insan yg baik dan prihatin. Ku bersyukur Ya Allahhhhh”

 

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah, Setiap tahun merai ulangtahun.. kejutan demi kejutan. Besar kecil, meriah, sederhana, alhamdulillah sudah lalui dan merasa.. TERIMA KASIH SAHABAT SEMUA diatas perhatian dan kasih sayang yg cukup bermakna buat diri ini.. Maaf tak dpt saya compilekan memori indah.. tahun ni agak sibuk sikit. maklum laaa.. dah mula 🥴”GROBOK”😵 nak start konsert lagi bbrp hari lagi.. 😔🥴😵 Doakan saya dan team konsert romantika Awie yaa semuaa.. Moga baik dan lancar hendaknya.. Aminn🤲🤲 . Cuma nak share sikit.. Yang ni paling tak jangka.. paling terkejut.. paling win!! You are sooo sweet adikku!!! gigih menyarung baju mascot.. sanggup dtg malam2.. akak pun dah ready nak tido.. mmg tak jangka ada tetamu nak dtg.. pas tu tak kenal pulak tu.. Hwaaaarrrr awak buat akak nangissss!! nangis terharu!!! 😥😥 Ya Allah.. Kau berilah kebahagiaan dan kejayaan buat adik2 ku yg begitu baik dan ikhlas menerima dan menyayangi diri ini.. 🤲😥 Thank you my dearest sweetheart.. @_salinasaibi_ and @sheeraiskandar (faham awak sibuk shooting adikku…) .. Hanya Allah yg dpt membalas kebaikkan kalian.. 😥 . . Akak cuma nak cakap yg akak sgt2 menghargai persahabatan ini dan akak sayang kalian, LILLAHITAALA.. 😥 Ya Allah terima kasih krn mengelilingi diri ini dgn insan yg baik dan prihatin. Ku bersyukur Ya Allahhhhh.. 😥🤲🤲🙏🙏😭 . Love you adik2 ku.. dan seluruh team #gerakkhas

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

 

 

View this post on Instagram

 

@errafazira Happy Birthday!!!!Kakakku Syg..💖Happy birthday to uuuuuu… 🎶Happy birthday to u..I syg u tauuuuu tauuu tauuuu…Tqsm for everything,im so lucky to have u as my sahabat & kakak yg sgt la baik,geng keje yg sempoi xdiva..penasihat i nih..Suka dgr tuturkatanya..Sejuk hati ini bila dia bg kata mutiara manja kt kita..Eiiiii syg nyeeee kt dia..Akak i doakan Semoga u diberikan keampunan bagi umur yang telah berlalu, keberkatan pada usia yang mendatang, dimurahkan rezeki , diberikan kesihatan cinta kasih sayang berpanjangan, keluarga yang sakinah,anak yang solehah, diberikan keindahan, ketenangan, kelapangan dipermudahkan dalam segala urusan, dianugerahkan kebahagiaan serta kejayaan dunia & akhirat..Istiqamah di dalam perjuangan yang benar..Semoga Allah Swt sentiasa lindungi & berkati 🙏 Aamin….Aamin…..Ya Rabbal Alamin.. Tq tau for everything 🤗We love u sooo much ❤️ @errafazira

A post shared by SalinaSaibi (@_salinasaibi_) on

Sekadar info, dalam perkembangan yang lain, Erra kini sibuk membuat persiapan untuk Konsert Awie Romantika yang bakal berlangsung pada 15 Februari ini di Stadium Melawati, Shah Alam.

Sumber :Instagram Erra Fazira, Salina Saibi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*