Kim Jong Un Hilang Sejak 11 April, Dipercayai Telah Pun Meninggal

Di dalam twitter telah trending nama kim jong dan juga north korea, ini dipercayai pemimpin di negara itu telah pun pergi daripada dunia. Berita pemergian kim jong un ini hanyalah khabar semata dan belum ada confirmation daripada negara korea utara.

China pula telah menghantar pasukan pakar perubatan mereka ke Korea Utara untuk menasihati pemimpin tertinggi negara Kim Jong Un. Menurut Portal Gulf News, Kesihatan kim jong un tidak stabil dan dia kini berada dalam kritikal selepas pembedahan

Tular di facebook dan twitter mengatakan kim jong un telah pun meninggalkan dunia ini tetapi tiada pengumuman rasmi daripada kerajaan Korea Utara itu. Maklumat yang diterima daripada Amerika Syarikat, presiden di korea utara itu berada dalam keadaan yang kritikal selepas pembedahan dan tiada siapa yang tahu apa kah status kesihatan jong un kini.

Kim Jong Un tidak hadir pada majlis perayaan ulang tahun datuknya yaitu Kim Il Sung pada 15 april lepas dan dia juga tidak pernah dilihat semenjak 11 April yang lalu hingga menimbulkan tanda tanya kepada ramai orang.

Dimaklumkan Kesihatan pemimpin Korea Utara itu adalah satu rahsia yang paling dijaga dengan ketat di negara itu, hanya beberapa orang sahaja mengetahui perkara itu. Pegawai dari Jabatan Perhubungan dan kementerian luar China juga enggan memberikan komen mengenai perkara itu.

salah seorang sumber di China menolak memberikan banyak komen berhubung perkara tersebut kerana memikirkan masalah ini cukup sensitif.

Jong un sebelum ini dilaporkan mengidap penyakit jantung dan dipercayai sempat menjalani rawatan di sebuah villa di wilayah Hyangsan.

Laporan CNN yang memetik portal berita Korea Selatan yang berpusat di Seoul dan dikendalikan warga Korea Utara yang berpaling tadah itu menyebut bahawa Jong un sedang menjalni proses pemulihan selepas pembedahan di sebuah resort di timur laut negara itu.

Walauapapun kita tunggu maklumat yang sahih daripada negara Korea Utara, adakah pengganti kim jong un adalah adik perempuannya. Sama sama kita nantikan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*