Klinik Veterinar Dibenar Beroperasi Ketika PKP

Kalau sebelum ini mungkin ada yang risau, nak rawat kucing di mana jika jatuh sakit ketika PKP, jangan risau kerajaan telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada klinik veterinar swasta beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kebenaran pembukaan klinik veterinar itu dibuat atas permintaan ramai pencinta haiwan yang bimbang haiwan seperti kucing peliharaan mereka jatuh sakit dan tidak dapat dirawat.

Jadi kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan klinik veterinar ini dibuka tetapi perkhidmatan rawatan ke atas haiwan hendaklah dilakukan berdasarkan temu janji sahaja tidak boleh walk in.

Jikalau kucing anda sakit, anda sebagai pemilik haiwan peliharaan itu perlu menghubungi klinik veterinar berdekatan dahulu  dengan lokasi yang mereka tinggal untuk mendapatkan tarikh temu janji. Ianya bagi mengelakkan klinik veterinar sesak dengan orang, ini penting untuk mengawal pergerakan secara besar besaran.

Oleh itu, jika kucing atau anjing peliharaan jatuh sakit pastikan search di google dahulu untuk mendapatkan nombor klinik veterinar berdekatan. Lakukan temujanji sebelum merawat untuk mengelak pergerakan secara besar besaran.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*